Sunday, 20 November 2016

Jauh di Lubuk Hati.

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih di beri kesempatan utnuk bernafas di bumi Allah swt ni. Kali ni hakak nak meluahkan perasaan yang terpendam jauh di lubuk hati hakak...
Kadang-kadang hakak rasa tak kuat nak menghadapi dugaan hidup ni... (Lebih kepada dugaan di tempat kerja sebenarnya)...
Mereka mungkin hanya nampak akak gembira jalankan hidup macam biasa, tapi hakikatnya hanya tuhan yang tahu... Sebelum akak cerita part sedih, akak nak kongsi lah perjalanan hidup akak kebelakangan ini. Alhamdulillah, every weekend akak masih dapat meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang akak suka. Awal bulan haritu akak join larian amal sempena Orangutan awareness kat Penang, juga merasai pengalaman menjelajah Gua Tempurung... Memori yang tak akan dapat di jual beli... Minggu lepas akak dapat luangkan masa dengan anak-anak sedara akak dan masuk larian Columbia X-cape Trail Run 13 km... Huhu part ni perit sikit lah sebab trail dia bukan biasa2 pada akak lah... Huhu bukit bukau dia mencanak-canak dengan tanah yang basah dan licin... Panas membahang lagi... Tapi alhamdulillah seronok sangat...
Minggu ini weekend akak di habiskan pula dengan berfoya-foya di Tadom Hill... Main ayaq bak hang... Beranikan diri untuk terapung dan berenang dan terjun tarzan dan main kayak tasik... Hehe seyes akak dah makan berusia sebab dulu akak hebat lah sikiy, sikit je pun bab kayak-kayak ni... Huhu Ahad pula kami join larian Beestorm Trail run kat Frim... Huhu seronok sangat-sangat...
Tapi mungkin disebabkan akak selalu post kejadian-kejadian happy je yang berlaku sekitar akak sampai orang salah anggap ingat akak ni tak stress, kerja akak tak banyak, akak goyang kaki, dan segala macam kesenagan lagi lah kot... Abes tak kan kome nak akak post video viral akak kelar tangan kot baru nak kata akak ni busy dan stress... Huhu
Awal bulan ni kehidupan kerja akak bertambah cacar marba... Bos akak berhenti tiba-tiba, dan akak terus di campak di bawah bos lain (sebab unit akak iaitu unit latihan digabungkan dengan unit lain)... Dah lah dengan senang hati dan sinis je bos baru tu pas kerja-kerja yang sepatutnya bos akak buat pada akak (sepatutnya, dah dia ganti bos akak, patut dia lah buat kan)... Ni di suruhnya akak buat setel semua dengan 3 kursus berturut-turut akan kena kendalikan... Bodoh tak namanye tu, dan semua kerja yang dicampak pada akak nak dibuat secepat yang boleh. Dengan perangai pembantu akak yang sorang di tukar ke unit lain, dan yang lagi seorang banyak alasan dan perangai (akak punya lah bertimbang rasa dengan dia, tapi rasa macam akak pulak kuli dia)...
Akak pun sampai tak tahu akak nak marah ke nak nangis... Yang paling akak geram, hari jumaat lepas akak baru je masuk ofis lepas beberapa hari urus kursus, deme dah bising-bising nak ngalau akak pindah dari ofis akak sekarang ke ofis satu lagi... Akak ni dah terlebih berhikmah dah bagitau dema yang bagi lah sikit masa kat akak, akak ada satu lagi kursus minggu ni, jadi jumaat tu lah satu-satunya hari akak ada di ofis untuk selesaikan semua... Tapi deme boleh pulak buat muka... Eeee geram sangat-sangat... Dah lah jumaat tu tak ada pembantu langsung, akak lah kena copy semua nota-nota untuk kursus, fail dan masing-masing) kursus lagi (akak tinggal je tak bersiap petang jumaat tu sebab dah pukul 7 kat ofis). Yang tak boleh bla, bos baru tu boleh marah akak sebab lambat bagitau dia pasal perjalanan kursus semua... Ya Allah, akak dah bagi dia copy surat-surat segala, dan dia salahkan akak sebab nanti tak sempat ajar staf dia untuk utuskan kursus pada hari selasa ni (sebab akak di minta bagi ceramah pada program deme kat tempat lain yang sangat jauh, dan dia juga minta akak lepas bagi ceramah tu untuk terus pergi ketempat kursus untuk uruskan balik dalam hari yang sama)... Bertambah akak tak terkata, bila akak tanya, boleh tak akak tahu ada tak mana-mana kenderaan jabatan yang akak boleh tumpang untuk ke tempat program tu, dan dia kata, awak cari lah tumpang siapa-siapa untuk ke sana... Kenderaan unit dia akan bawa dia... Masa tu akak memang rasa what the fish... Kome yang minta akak pergi program tu untuk jadi pencermah (sebab nak lepaskan tengkuk deme masing-masing) tak boleh ke kalau akak tumpang deme... Dan sekarang akak tengah duk mengemis kat staf-staf lain kalau ada yang kosong untuk tumpang kan akak ke sana... Bukan dekat tau... Dan bila fikir yang akak kena balik cepat lepas program tu untuk ke tempat kursus, akak tak tahu lah ada ke yang sudi tolong... Tak tahu lah kalau deme nak akak pergi naik kereta sendiri...
Lagi di tambah dengan kata-kata sinis dia untuk akak pindah ke ofis dia weekend ni juga (sabtu ahad lepas ni lah)... Senang je dia arahkan... Ingat akak tak ada hidup ke, akak ni hamba abdi ke... Tetiba akak teringat, deme ada juga bunyi-bunyi kata akak ni goyang kaki sebab tu setiap kali rehat akak ada je beli makanan dekat kantin... Halooooo saya beli makanan tu siap bungkus lagi, makan kat ofis saya sambil buat kerja, apa kome tahu... Call orang luar pun pakai kredit saya tau... Kome tahu mengata je... Abes untuk menanpakkan saya busy, saya langsung tak boleh makan dan minun lah ye, lepas tu mengadu sakit-sakit dan mencanang stress kat orang lain (sebab ada minah yang anti dengan saya tu buat macam ni, sebab tu orang 'kesian' kat dia...)...
Dah lah... Moh lah lelapkan mata, esok harao bangun pagi sebab kalau boleh lepas subuh tu terus pergi ofis untuk sediakan batang-barang kursus dan berangkat ke tempat kursus... Insya'Allah... Sabar ye Isma... Sabar sangat-sangat... Jom nangis puas-puas... Owh ye, ada satu lagi yang bos baru tu kata kat saya... Jumaat tu, dia minta saya keluarkan memo untuk serahkan plan unit untuk tahun 2017 dan sediakan kepada dia semua dokumen-dokumen untuk dia bawa pergi meeting... Hahaha memang memerang lah... 😢

No comments:

Post a Comment